Wednesday, 25 February 2015

Pengajian Malaysia

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memanjatkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Allah SWT, ibu bapa, rakan-rakan dan pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Ustaz Mohammad Tarmizi Bin Balya yang banyak menyokong dan memberi tunjuk ajar dalam menjayakan tugasan e-folio ini. Kami berharap bahawa tugasan kami dapat dijadikan rujukan umum di masa akan datang. 

 Salah satu asas yang menjadi dasar kepada wujudnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sifat toleransi, iaitu toleransi dalam beragama. Dari segi sejarah, toleansi antara pelbagai kaum telah tersemai sejak Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan. Hal ini dibuktikan dengan persetujuan bersama antara kaum Melayu dan bukan Melayu iaitu Cina dan India mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan. 

Dalam konteks agama Islam, konsep toleransi telah termaktub dalam Surah al-Mumtahanah 60:8  yang bermaksud:


Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan (terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu. Seseungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil.



Toleransi juga membawa maksud kebebasan untuk mana-mana agama mengamalkan ajaran masing-masing selagi ianya tidak mengganggu ketenterama individu dan agama lain. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kebebasan beragama sedia terjamin dalam Perlembagaan Negara. Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperoleh kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama itu mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama dan berinteraksi. Dalam erti kata lain, masyarakat harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi.


Kaum lain turut meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri



Perpaduan kaum dicapai melalui sikap toleransi masyarakat


Kebebasan beragama merupakan satu perwatakan negara kita dengan kepelbagaian penganut agama, dan masing-masing mempunyai hak untuk mengamalkan ajaran agamnya secara aman dan harmoni. Maka dengan itu tumbuhlah rumah-rumah ibadat yang menjadi simbol tentang kebebasan beragama di negara kita.


Masjid Negeri Selangor di Shah Alam

Gereja penganut agama Kristian di Melaka


Kuil penganut agama Hindu di Batu Caves

Tokong penganut agama Buddha


Namun, sejak akhir-akhir ini, timbul beberapa isu atau konflik yang berkaitan dengan sensitiviti masyarakat. Antaranya isu kalimah Allah, isu pembakaran di surau dan di gereja, penemuan kepala binatang di rumah ibadat yang menjadi sensitiviti antara kaum serta perbuatan menghina agama-agama lain. Sekiraya konflik ini dibiarkan, maka ia akan menjadi 'barah' kepada masyarakat di Malaysia. Ada antara masyarakat Malaysia yang sudah berani mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan penyebaran agama lain kepada umat Islam di Malaysia.

Oleh itu, usaha memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang toleransi beragama amatlah penting. Toleransi agama boleh dipupuk melalui sistem pendidikan, kewujudan subjek hubungan etnik di IPTA/IPTS, peranan media massa, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) serta kesedaran seluruh masyarakat di Malaysia.


Perayaan Hari Raya Aidilfitri


Perayaan Hari Krismas



Perayaan Deepavali


Perayaan Tahun Baru Cina


Kita seharusnya mengutamakan prinsip kepercayaan kepada tuhan. Contohnya, di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip kepercayaan kepada tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun 'pemikiran luhur' dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu selain dapat mengekalkan perpaduan negara. Ini kerana setiap agama menerapkan nilai-nilai positif dan menekankan peraturan 'moral value' yang mengawal tingkah laku manusia. Tiada agama di dunia ini yang menyuruh melakuka kejahatan.

Secara kesimpulannya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan perlaksanaan pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.



Ahli kumpulan:
1. Mohd Nill Hakim Bin Mohd Fattah   ( 19DUP14F2040 )
2. Muhammad Faezzul Farhan Bin Yazid  ( 19DUP14F2061)
3. Mohd Nor Faizi Bin Md Isa  ( 19DUP14F2060 )
4. Muhamad Fathul Hakim Bin Ramli  ( 19DUP14F2042 )
5. Ahmad Tarmizi Bin Kamarolzaman  ( 19DUP14F2049 )