Salah satu asas yang menjadi dasar kepada wujudnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sifat toleransi, iaitu toleransi dalam beragama. Dari segi sejarah, toleansi antara pelbagai kaum telah tersemai sejak Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan. Hal ini dibuktikan dengan persetujuan bersama antara kaum Melayu dan bukan Melayu iaitu Cina dan India mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Dalam konteks agama Islam, konsep toleransi telah termaktub dalam Surah al-Mumtahanah 60:8 yang bermaksud:
Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan (terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu. Seseungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil.
Toleransi juga membawa maksud kebebasan untuk mana-mana agama mengamalkan ajaran masing-masing selagi ianya tidak mengganggu ketenterama individu dan agama lain. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kebebasan beragama sedia terjamin dalam Perlembagaan Negara. Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperoleh kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama itu mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama dan berinteraksi. Dalam erti kata lain, masyarakat harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi.
Perpaduan kaum dicapai melalui sikap toleransi masyarakat
Kebebasan beragama merupakan satu perwatakan negara kita dengan kepelbagaian penganut agama, dan masing-masing mempunyai hak untuk mengamalkan ajaran agamnya secara aman dan harmoni. Maka dengan itu tumbuhlah rumah-rumah ibadat yang menjadi simbol tentang kebebasan beragama di negara kita.
Masjid Negeri Selangor di Shah Alam
Gereja penganut agama Kristian di Melaka
Kuil penganut agama Hindu di Batu Caves
Tokong penganut agama Buddha
Namun, sejak akhir-akhir ini, timbul beberapa isu atau konflik yang berkaitan dengan sensitiviti masyarakat. Antaranya isu kalimah Allah, isu pembakaran di surau dan di gereja, penemuan kepala binatang di rumah ibadat yang menjadi sensitiviti antara kaum serta perbuatan menghina agama-agama lain. Sekiraya konflik ini dibiarkan, maka ia akan menjadi 'barah' kepada masyarakat di Malaysia. Ada antara masyarakat Malaysia yang sudah berani mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan penyebaran agama lain kepada umat Islam di Malaysia.
Oleh itu, usaha memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang toleransi beragama amatlah penting. Toleransi agama boleh dipupuk melalui sistem pendidikan, kewujudan subjek hubungan etnik di IPTA/IPTS, peranan media massa, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) serta kesedaran seluruh masyarakat di Malaysia.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri
Perayaan Hari Krismas
Perayaan Deepavali
Perayaan Tahun Baru Cina
Kita seharusnya mengutamakan prinsip kepercayaan kepada tuhan. Contohnya, di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip kepercayaan kepada tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun 'pemikiran luhur' dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu selain dapat mengekalkan perpaduan negara. Ini kerana setiap agama menerapkan nilai-nilai positif dan menekankan peraturan 'moral value' yang mengawal tingkah laku manusia. Tiada agama di dunia ini yang menyuruh melakuka kejahatan.
Secara kesimpulannya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan perlaksanaan pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Ahli kumpulan:
1. Mohd Nill Hakim Bin Mohd Fattah ( 19DUP14F2040 )
2. Muhammad Faezzul Farhan Bin Yazid ( 19DUP14F2061)
3. Mohd Nor Faizi Bin Md Isa ( 19DUP14F2060 )
4. Muhamad Fathul Hakim Bin Ramli ( 19DUP14F2042 )
5. Ahmad Tarmizi Bin Kamarolzaman ( 19DUP14F2049 )
TERIMA KASIH ATAS PENULISAN ANDA KERANA MEMBANTU SAYA DALAM MENYIAPKAN ASSAIGMENT PENGAJIAN MALAYSIA...........
ReplyDeleteTerima kasih atas informasi yang diberikan. Semoga bermanfaat kepada semua
ReplyDelete